Yg FoLLow

Thursday, August 15, 2013

PANCAKES HONEY

Assalamualaikum..
ini adalah pancakes yang adik saya Hani yang buat.sebab itulah saya namakan pancakes ini dengan nama Pancakes Hani. Saya dapat resepi pancakes ni dari dia lah.dia yang kasi dekat saya. Semasa dekat kelantan hari itu saya teringin sangat nak makan pancakes ini so alang-alang adik saya ada..saya bodek2 dia suruh dia buatkan untuk saya dan yang lain.Rasa pancakes yang adik Hani saya buat ini memang sedap..sampaikan hari itu habis licin kitorang makan.Anak sedara saya Azfa cakap " makdik nok lagi tak cukupla.sedap makdik wak.".hihiihi...pandai betul azfa bodek makdik(hani) dia.
lepas itu, saya mintaklah adik saya tu share resepi kat saya.teringin jugak saya nak buat..sebab rasa pancakes ni memang sedap tak terkata dan bahan-bahan untuk buatnya pun sikit je.cara buat pun simple je..

RESEPI PANCAKES HANIEY

Bahan-bahanya:

-3 biji telur
-1 tin susu cair
-450gm tepung naik sendiri
-170gm gula
-3 sudu teh serbuk penaik

Caranya:
1.pecahkan telur+susu cair=putarkan adunan sehingga sebati.(opss..guna mesin pemutar)
2.campurkan tepung+gula+serbuk penaik dan putarkan.
3.Biarkan selama 1 jam.
4.kemudian, kacau lagi.
5.sekiranya tebal tambahkan susu cair.
6.Panaskan kuali sedikit minyak
7.Ambil sesudu dan letak adunan di atas kuali panas.
8.Apabila telah masak.angkat dan boleh dihidangkan =)

*gunakan kuali burger@kuali roti canai;)
*cara masak pancakes ini sama saja dengan cara goreng lempeng.
*pastikan api yang digunakan adalah perlahan.

So apa lagi??
selamat mencuba...

KUIH KOSU



 ASSALAMUALAIKUM..
ini adalah  Kuih Kosu. dulu setiap kali saya pergi ke pasar Laloh mesti saya akan tercari-cari kuih ini kat sana. saya suka sangat makan kuih ini sebab rasanya yang cukup lembut, sedap dimakan danBahan2:

2 setengah cawan air
1 cawan gula
2 helai daun pandan disimpul
1 1/4 cawan tepung beras
setengah cawan tepung ubi
beberapa titik perisa ros
pewarna merah, kuning dan hijau
kelapa parut dibubuh sedikit garam

Cara2:

1. Panaskan air dalam kukusan.
2. Gula + air + daun pandan dimasak hingga gula larut. Tutup api dan sejukkan.
3. Campurkan kesemua bahan *nak senang masukkan kesemua bahan yang dibancuh dalam balang blender jus dan putar sekejap bagi sebati*
4. Bahagikan kepada 4 bahagian (* satu bahagian ditinggalkan untuk warna ori putih*), lain2 boh la pewarna.
5. Sedia untuk dikukus.

**sedap dimakan dengan kelapa parut.

ROTI BAKAR CELUP TELUR


ASSALAMUALAIKUM..
SALAM JUMAAT untuk yang beragama Islam 
SALAm 1 Malaysia dan salam sejahtera untuk yang non-muslim..

hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua cara buat roti bakar celup telur.
baru saja tadi saya buat roti bakar celup telur.cara nak buatnya simple je..perlukan barang yang sedikit saja dan waktu untuk membuatnya juga tak lama..kejap je dah boleh siap.Roti bakar celup telur ni sesuai dimakan untuk breakfast pagi dan minum petang..hari ni saya buat 3 jenis roti celup telur. 1 jenis dgn cara bakar celup telur cam biasa, celup telur lepas itu, taburkan sedikit gula atas roti yg ada telur tu, dan last sebelum celup roti dalam telur saya sapu margerin kat atas roti tersebut.kemudian barulah saya celup telur.

Bahannya:
-beberapa keping roti empat segi.
-telur 
-sedikit minyak untuk menggoreng
-margerin(saya guna daisy je)
-sedikit gula..

Caranya: 
1.panaskan kuali.
2. masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali.jangan banyak sangat minyak tu.
3.celup roti ke dalam telur.
---> i.celup roti dalam telur macam biasa je.
         ii. celup roti dalam telur then letak gula kat atas roti tadi.
         iii. sapukan margerin kat atas telur itu dan celup roti ke dalam telur.

4.goreng@ bakar roti itu ke atas kuali.gunakan api yang sederhana kecil jangan terlalu besar.
5.apabila nampak kekuningan dan garing,angkat dan hidangkan..

*** ada macam2 bentuk hidangan roti celup telur ni.
anda boleh makan bersama sosej dan sedikit sos pencicah.
***anda juga boleh makan dengan cara lain..untuk hilangkan boring makan roti celup telur sama je...anda boleh variasikan cara masakan yang lain jugak..samada letak kekacang atau lain-lain..

  ~SELAMAT MENCUBA~
~RESEPI RINGKAS TAPI PENUH KHASIAT UNTUK TENAGA~

MIHUN SUP AYAM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

kali ni saya nak share dengan korang resepi mihun sup yang saya buat kelmarin.
sori coz terlambat sikit update gambar mihun sup yang saya dah buat kelmarin dan resepinya sekali..terlupa nak update..^-^ sori yer..don b mad =) .
BF saya suke sangat makan makanan yang simple2 macam nih..makanan yang ringkas dan mengenyangkan bagi dye la..2 dye kata..coz dye suke makanan yang simple n senang di buat macam ni..so saya tryla buat..gpun saya sekarang dalam proses nak belajar cara hidup dye lah...*-*
makan makanan yang dye makan..dan dye pun kena lah gak belajar makan makanan yang saya suka dan salu makan..



resepinyer..

bahannya:
-bungkus mihun @ bihun
 -sebelah ayam yang dah dipotong ikut selera masing2
-sedikit taugeh
-sayur sawi@ kangkung
-rempah ratus@ perencah sup ayam maggie
-sedikit garam
-sedikit gula
-sedikit ajinomoto
-bawang putih
-bawang merah yang telah digoreng
-1 inci halia yang dipotong nipis
-daun sup dan daun bawang
Caranya:
1.rendamkan mihun bersama air panas selama 5 minit.setelah nampak mihun dah lembut.toskan air.
kemudian ketepikan.
2.panaskan kuali.letakkan sedikit minyak masak dan panaskan minyak masak itu.kemudian,
goreng halia yang telah dipotong nipis sehingga sedikit kekuningan dan masukkan bawang putih.
3.setelah itu, masukkan rempah ratus atau perencah ayam maggie.tumis sehingga naik bau.
4.kemudian tuangkan sedikit air anggaran isi ayam yang anda gunakan. masukkan ayam.
5.tambahkan sedikit garam.gula dan sedikit ajinomoto.
6.opsss jangan lupa letakkan sekali sayur sawi@kangkung dan taugeh.
7masakkan sehingga isi ayam empuk dan mendidih.
8.setelah masak.siap untuk dihidangkan bersama mihun tadi.

**jangan lupa taburkan bawang merah di atas mihun sup tadi 
bersama daun sup dan sedikit cili.

DAGING TETEL MASAK ASAM PEDAS


INI adalah resepi yang saya ambil daripada blog seorang kawan blogger..
daging tetel masak asam pedas ini boleh dikatakan favret encik F bakal suami saya..
Mr F takde bagitau saya yang dia minat masakan ini..saya tau dia minat sebab saya skodeng facebook dia..lepastu terbaca lah dekat wall facebook dia yang dia ada bagitau sorang kawan dia yang dia minat makan masakan daging tetel asam pedas nih sebab ini merupakan masakan keturunan nenek moyang dia yang berasal dar melaka..


Waktu memasak :   30 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang


BAHAN-BAHAN:


  • 1kg daging tetel | direbus sehingga empuk
  • 3 ulas bawang putih| dikisar
  • 5 biji bawang besar | dikisar
  • 30gm halia| dikisar
  • 3 batang serai | diketuk
  • 20 biji cili kering | di rebus dan dikisar
  • 2 kuntum bunga kantan | dibelah dua
  • 2 biji tomato | dibelah dua
  • 100gm daun kesum
  • Air asam jawa secukupnya
  • 10gm asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya
 **+han:
letak sedikit serai+daun limau purut+sedikit serbuk kari
CARA MEMASAK:

1. Daging tetel di rebus seketika sehingga empuk
2. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan yang telah di kisar dan serai sehingga garing.
3. Kemudian masukkan bunga kantan ,asam keping daging tetel dan daun kesum. Kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan tomato, air asam jawa dan sedikit air ke dalam bahan yang di tumis tadi. Kacau rata.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan selama 20 minit sehingga daging tetel tadi lembut
6. Sedia dihidangkan.