Yg FoLLow

Sunday, August 18, 2013

CINCIN BAWANG(RING ONION.)



Bahan2 
Bawang (saya pakai 1)
Tepung Gandum (2 sudu makan)
Susu (1/2 cawan)
1 biji telur
Baking Powder (1/4 sudu)
Lada puteh
Garam

Cara2
Masokkan tepung, baking powder, garam dan laa puteh dalqm satu mangkok. Dalam mangkok lain, masokkn telur dan susu dan pukul. Tuangkan telur yg suda di pukul dalam tepung dan pukul hingga sebati. Sudah sebati, crlop bawang dalam adunan itu dan goreng. Buka api dgn kecil sekali. Goreng hingga golden brown. Rasanya harus garing dan rangup! Selamat mencuba. Harap itu menjelaskan segalanya.

Saturday, August 17, 2013

ANEKA GAMBAR CHUROSS

di makan dgn celup coklat
salut dgn manik2 coklat


churros disalut gula


dicicah dgn keju


CHURROS KAK INA HUSIN

Assalamualaikum..warga blogger semua..kali ini saya dapat resepi baru lagi dari Ina Husin http://www.facebook.com/bukuresepi iaitu Churros..
terima kasih akak Ina Husin dari Buku Resepi sebab sudi share..
makanan Churros di makan di Barcelona and Mexico..kat tempat lain saya tak pasti pulak ada ke tidak..Makanan ini kira famos dekat negara itulah..dekat malaysia belum famos lagi sebab takde di jual.(belum pasti)..so apa lagi jom kita jenguk resepi nya Churros ni..


Bahan-bahan:
1 cwn air
2 1/2 sudu gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak sayur
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan majerin
1@ 2 biji telur
1sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
Masukkan air,majerin, gula,garam dan minyak dindlm periuk.
Didihkan, bila sudah mendidih padamkan api dan masukkan tepung dan esen vanilla.
Gaulkan tepung sehingga menjadi doh bulat
Biarkan doh agak sejuk, masukan telur sebiji demi sebiji.
Gaulkan dan sebati
Masukkan doh dlm pipping beg.
Panaskan minyak untuk mengoreng.
Pipe doh dlm minyak yg sudah panas.
Pipe lebih kurang dlm 1cm.
Goreng sehingga kekuningan.
Bila dah agak kekuningan angkat dan keringkan minyak atas 'paper towel'.
Taburkan gula diatas churros.
Boleh juga diletakkan cokelat cair, ikut kesukaan.
Garing di luar lembut di dalam.
Sesuai di buat minum petang 







simple je kan bahan-bahannya...dan mudah nak buat..lagi enak menyelerakan..
so apa tunggu lagi..jom kita sama-sama try buat..
SELAMAT MENCUBA..


Thursday, August 15, 2013

RESEPI RINGKAS

1.AYAM PERCIK BONDA
bahannya:
1 ekor ayam
1cm  halia
bawang putih
bawang merah
santan pekat
sedikit ajinomoto
serai
kunyit hidup
lada kering
cili
asam jawa@ asam limau nipis untuk masam sedkit.

caranya:
1.ayam dipotong kecik-kecik.diperap dengan garam.setelah itu, goreng ayam tersebut.ketepikan. 
2.kisar halia+bawang putih+bawang merah+serai+sedikit kunyit hidup+lada kering.
3kemudian, tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga sedikit garing. masukkan air asam jawa.
4.then, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.tuangkan santan.gaul sehingga pecah minyak dan naik bau.
5.setelah itu, masak dan siap dihidang..

2.bakal menyusul..nak tido dulu.esok ada daftar sem..

ANEKA KERABU FAVRET FAMILY Q

ANEKA KERABU 1,2,3

Saya suka sangat makan kerabu.bagi saya kerabu ni penambah selera makan saya. family saya kat kelantan pun suka juga makan kerabu ini.ada macam-macam kerabu yang saya dan family saya suka makan. boleh dikatakan saya mahir la gak buat kerabu ini. sebabnya saya suka makan kerabu :) hehehe..Antara kerabu-kerabu yang saya suka makan ialah kerabu mangga,kerabu pucuk paku, kerabu ikan bilis, kerabu ayam, kerabu ulam dan banyak lagi lah..so hari ini saya nak share dengan korang resepi kerabu yang pernah saya buat ini.

1.kerabu pucuk paku



Bahannya:
-sedikit lada hitam
-halia
-serai
santan pekat
-kelapa parut yang telah digoreng garing
-ikan rebus tawar
bawang putih 
-bawang merah
-pucuk paku

Caranya:
1.ikan tawar direbus dan diasingkan tulang dengan isi.ketepikan.
2.Pucuk paku hendakla dipotong pendek dan direbus.
3.goreng kelapa yang telah diparut sehingga sedikit kekuningan.
4.kemudian, tumbuk lada hitam+halia+serai+bawang merah+bawang putih.
Tumbuk lagi sedikit kelapa parut goreng  bersama ikan rebus secara selang seli.
5.dan gaulkan bahan yang telah ditumbuk tersebut dengan santan pekat dan pucuk paku.
6.Gaul sehingga sebati dan tambahkan sedikit perasa:garam,gula,ajinomoto.
7.Sedia dihidangkan.

2. Kerabu Kacang Botol.


Bahannya:
*5 batang kacang botol
*1-2 batang serai
*3-4 tangkai clik padi
*1 biji bawang besar
*1 batang bunga kantan
*2 biji limau nipis
*kerisik 
*garam

Caranya:
1.Hiris semua bahan tadi dan masukkan kedalam mangkuk.
2.masukkan sedikit garam dan kerisik.
3.Gaulkan kesemuanya hingga sebati.
4.Perahkan sedikit asam limau nipis.Gaul lagi sebati.
5.siap untuk dihindangkan =)



3.Kerabu Ikan bilis



Bahannya:
*100 gram ikan bilis yang telah digoreng
*1-2 ulas bawang merah
*3 tangkai cili padi
*sedikit garam+ajinomoto
*2 biji limau nipis
*1-2 batang serai

Caranya:
1.potong bawang merah nipis dan potong cili padi kecil2.
2.Campurkan ikan bilis yang telah digoreng dengan bawang merah dan cili padi tadi.
3.Tambahkan sedikit garam dan ajinomoto.Gaul sebati..
4.Last, Perahkan limau nipis ke atas bahan tadi dan gaul sehingga sebati.
5.Siap dihidangkan. :)

RESEPI PIZZA FIZIE (FIZA)

PIZA ni pun salah satu faveret future H saya jugak. dia suruh saya cari resepi kat internet dan nanti saya kena belajar buat. So saya akan belajar baut piza ni demi awak future H. Just for u...hahaha...



BAHAN-BAHAN DOH PIZA
250gm tepung roti
140ml air suam 
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin [boleh diganti dengan 2 sudu besar minyak zaitun]
Sedikit oregano

BAHAN TOPPING
4 batang sosej yang telah direbus
Sedikit hirisan lada benggala hijau dan merah
Sedikit hirisan bawang
Sedikit hirisan tomato
Sedikit keju mozarela atau keju campuran
Beberapa hirisan buah zaiton hitam
3 sudu besar sos tomato atau sos piza

CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
2. Lumur sedikit doh dengan marjerin atau mentega, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit. Langkah ini penting bagi mendapatkan adunan yang lembut dan elastik.
3. Selepas itu, keluarkan dari plastik dan uli lagi beberapa minit lagi dalam mangkuk adunan. Tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik pembungkus. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 1 jam.
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik pembungkus dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian dan canai bulat.
5. Cucukkan dasar doh piza dengan garpu dan biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali sapu dasar piza dengan sos tomato dan tabur dengan hirisan sosej, lada benggala hijau/merah, tomato, hirisan buah zaiton dan bawang besar.
6. Akhir sekali taburkan keju mozarela, bakar pada suhu pada 180 darjah celcius selama 18-20 minit atau sehingga permukaan piza perang.

KETUPAT SOTONG VERSI MY MUM

Marvelouss...sedap ni ketupat sotong. semasa dekat rumah di kelantan saya selalu suruh ma saya buatkan untuk kami adik beradik.ketupat sotong yang ma saya buat memang sedap..sedap sengoti..perghh...meleleh air liur saya bila ingatkan balik...So kat bawah ni.saya kongsikan dengan anda semua resepi untuk buat ketupat sotong ikut apa yang ma saya bagi tahu saya lah..

Resepi ketupat sotong..Bahan-bahan :
1 kg sotong ( sedap yang bertelur )
250 gm pulut
250 gm santan pekat
250 gm nise(gula merah)
garam secukup rasa
2 helai daun pandan
1/2 cawan air


Cara membuat:
1. Bersihkan sotong. Masukkan pulut. Satukan kepala dengan badan dengan menggunakan lidi.
2. Masak gula merah dengan air dan tapiskan.
3. Masukkan gula merah yang telah ditapis ke dalam santan pekat.
4. Masukkan sedikit garam dan daun pandan.
5. Masukkan sotong ke dalam bahan-bahan tadi. Masak sotong sehingga ia kembung.

Yummy,,,